Monday, April 25, 2011

Oil Free Eye Makeup Remover


No more tugging and pulling. With this super-effective eye makeup remover, a gentle touch is all you need to remove eye makeup – even waterproof mascara.
The oil-free formula leaves skin feeling soft, not greasy.

Oil Free Eye Makeup Remover ini adalah salah satu produk Mary Kay paling laris.

Mengapa?

1) Ia dapat menanggalkan mekap mata seperti celak dan eye shadow dan gincu bibir dengan mudah. Kelopak mata tidak lagi perlu ditonyoh kuat untuk menghilangkan mekap mata walaupun ketika menggunakan mekap kalis air.

2) Ia bukan minyak. Ia membantu merawat bahagian mata dan bibir luar dan dalam. Hebat, bukan?

3) Ia tidak memedihkan mata. Jika kamu mencuci bahagian mata yang masih bercontact lens, ia tidak merosakkan contact lens kamu. Pencuci ini tidak merosakkan kulit bahagian mata dan bibir, jadi ia selamat pada contact lens juga!

4) Bagaimana cara menggunakannya?

a) Goncang botol sehingga air bercampur.
b) Basahkan cotton pad beberapa titik dengan pencuci ini.
c) Sapu dengan lembut pada mata, kulit mata tidak perlu ditonyoh kuat sehingga beberapa kali. Memadai buat sapuan lembut dari hujung mata luar ke sudut mata dekat hidung, atas ke bawah.
d) Apabila semua mekap mata sudah bersih, ia sudahpun bersih. Tidak perlu bilas dengan air.

Apa berlaku apabila kamu mencuci bahagian mata dengan pencuci wajah biasa?
Kulit mata di bahagian mata dan bibir akan cepat mengering dan menimbulkan garis-garis halus di sekeliling mata dan bibir.

Ramai yang berpuas hati dengan produk ini!

Cubalah satu!

Ingin Menjadi BC Mary Kay

Maklumat Untuk Menjadi BC Mary Kay
Kini kita semua boleh memiliki perniagaan sendiri dengan menjadi Beauty Consultant (BC) atau Perunding Kecantikan dengan Mary Kay.

Ingin menjadi BC?
Hanya perlu tandatangan borang persetujuan dan membayar RM180 sebagai bayaran penyertaan (Starter Kit) dan RM20 untuk kursus ESRS (kursus 2 hari).

Semua BC baru akan mendapat program pendidikan serta ganjaran percuma.

Bagi menyediakan kita melalui perjalanan yang bermakna dan berharga bersama Mary Kay, kursus ESRS (Essential Step to Reach Success) adalah suatu program paling tepat untuk belajar asas perniagaan supaya matlamat kita tercapai.

APA ITU ESRS? (Essential Step to Reach Success)
Ia adalah program selama dua hari yang menitikberatkan pengetahuan dan kemahiran perniagaan bagi membantu kita memulakan bisnes.

Melaluinya, kita akan dapat:-
1) Mengenali siapa wanita yang bernama Mary Kay
2) Meneroka dan merealisasikan impian kita
3) Menjual produk Mary Kay
4) Kenalpasti Jenis Kulit kita
5) Mengetahui Produk Mary Kay
6) Pengurusan Bisnes
7) Pelan Tindakan

Apakah Faedahnya?
Selepas dua hari tersebut, kita akan menerima:-
1) Hadiah istimewa selepas menyempurnakan tugasan
2) Sijil Tamat Program
3) Pin ESRS yang eksklusif
4) Baucer bernilai RM200 boleh ditebus semasa membuat belian)

Apa lagi selepas itu?

Selepas anda bergelas BC, anda kini layak membeli-belah secara online di website Mary Kay dan mendapat diskaun tertakluk kepada syarat diskaun.

Ingin tahu lebih lanjut? Hubungi saya di talian: 012-5770106


Mary Kay® Loofah Body Cleanser: Red Tea & Fig


Mary Kay® Loofah Body Cleanser: Red Tea & Fig

Kulit badan tidak cantik, lebam, daki yang sudah menjadi kerak di badan, gunalah scrub badan berasaskan tumbuhan-tumbuhan. Sangat berkesan.

Red Tea & Fig - Paduan tumbuh-tumbuhan yang melicinkan kulit, serta serbuk loofah (sabut petola) yang dapat menjadikan kulit lebih licin dan segar. Ia amat lembut untuk digunakan setiap hari.

Selain loofah, kacang Macadamia dari Australia, biji raspberi dan biji kiwi turut dimasukkan ke dalam paduan skrub ini.

Bahan asas produk ini adalah ekstrak red tea, sejenis antioksidan yang amat berkuasa, dapat melindungi kulit daripada serangan radikal bebas.

Tumbuh-tumbuhan yang menghijau di hutan khatulistiwa turut digunakan bagi memperkayakan lagi nutrien yang terdapat dalam produk ini.

Mary Kay® Loofah Body Cleanser: Lotus & Bamboo


Mary Kay® Loofah Body Cleanser: Lotus & Bamboo

Kulit badan tidak cantik, lebam, daki yang sudah menjadi kerak di badan, gunalah scrub badan berasaskan tumbuhan-tumbuhan. Sangat berkesan.

Lotus dan Bamboo - Paduan serat-serat halus loofah dapat menyingkirkan kekotoran di permukaan badan serta mengembalikan kilauan kulit yang semula jadi.

Amat lembut dan boleh digunakan setiap hari. Ia mengandungi serbuk buluh yang kaya dengan mineral - sudah diketahui khasiatnya sebagai rawatan dan penjagaan kulit - serta ditambah pula dengan biji kiwi bagi membekalkan tenaga dan menyegarkan kulit.

Ekstrak passion flower dan blue lotus sememangnya kaya dengan antioksidan bagi mengelakkan radikal bebas merosakkan kulit yang sihat.

Indulge® Soothing Eye Gel


Selepas setiap hari mengadap laptop, meng-update blog, membaca online, berfacebook dan sebagainya.. mata pasti akan menjadi penat.
Walaupun saya tiada masalah hitam sembap atau lebam kerana kurang tidur, tapi bahagian mata sudah kelihatan kering.
Apabila bahagian bawah mata sudah kering, kelihatan muncul kedut di bahagian bawah mata. Ia menjadi lebih ketara apabila memakai foundation.
Foundation tidak lekat dengan cantik apabila kulit menjadi kering. Bahagian kulit itu akan kelihatan berkeping-keping.

Saya menggunakan Indulge® Soothing Eye Gel dan sapu lebih sedikit pada bahagian mata sebelum masuk tidur.. Saya terjaga awal pagi ini dan terasa mata lebih segar. Menakjubkan juga Indulge® Soothing Eye Gel ini.

Semasa memakainya, ada terasa sejuk menyengat dan nyaman.. Jika mata anda terasa pedih semasa menggunakan Indulge® Soothing Eye Gel ini, itu bermakna ia ini sedang bekerja. Sembap bawah mata InsyaAllah akan hilang.

Secara umumnya, Indulge® Soothing Eye Gel ini melicinkan dan melegakan, mendinginkan dan menyamankan kulit sekitar mata. Ia mengandungi ektrak tumbuh-tumbuhan yang membantu menegangkan, memejalkan dan mengurangkan kesembapan bawah mata.

Sebagai penambahan baru dalam Skincare Class yang saya anjurkan, saya akan menggunakan Indulge® Soothing Eye Gel ini kepada anda.

Jika berminat mahu membelinya atau mencubanya dalam Skincare Class..
Sila hubungi saya: 012-5770106