Wednesday, May 11, 2011

Mudahnya melicinkan kulit seluruh tubuh badan - guna skrub saja!




Inilah rupa loofah yang original. Loofah ori ini boleh ditanam sendiri. Ia sebenarnya adalah salah satu jenis Pokok Petola tetapi ini adalah jenis yang bersabut, yang dikatakan loofah itu.

Apabila buah petola ini sudah matang, kulitnya berubah menjadi coklat tua.
Kulit itu dikopek dan muncul lah isinya yang berupa loofah itu.

Jika di rumah, loofah ini digunakan sebagai pencuci periuk atau alat scrub pinggan mangkuk. Boleh juga digunakan sebagai scrub badan. Scrub badan yang dijual dikedai-kedai itu sudah diproses dan diwarnakan jadi ia kelihatan lebih cantik.

Sewaktu dalam keadaan kering, loofah ini keras tetapi segera menjadi lembut selepas dilembapkan dengan air.

Walaupun ia lembut selepas terkena air, namun ia masih kasar apabila digosok pada badan. Bagi bahagian badan yang lebih mudah terasa, ia mungkin tidak selesa dipakai. Sudah tentulah loofah ini mesti dipakai dengan sabun agar menjadi lebih licin supaya mudah digosok.

Sekarang, bayangkan satu produk yang lebih mudah, bersih dan harum, mengandungi butir-butir halus loofah ini sebagai salah satu bahan campurannya.

Produk itu pula hanya perlu disapu pada badan seperti memakai sabun atau shower gel biasa. Hanya gosokkan dengan lembut pada seluruh badan selama empat hingga 5 minit, kemudian jirus badan dengan air. Tidak perlu menghabiskan masa yang lama menggosok badan. Amat sesuai untuk wanita yang sibuk.

Kulit serta-merta terasa lebih lembut dan licin selepas dikeringkan. Tiada gosokan kuat pada mana-mana bahagian badan. Mandi kini terasa seperti satu kemewahan. Bauan harum menenangkan perasaan. Hilang stress dibawa air mandian yang mengalir!

Selama dua, tiga hari berikutnya, kulit terasa lembut bak sutera.

Itulah dia Loofah Body Cleanser daripada Mary Kay.

Loofah Body Cleanser yang berwarna Hijau mengandungi lotus dan bamboo, yang berwarna Coklat mengandungi red tea dan buah fig.

Secara peribadi saya mengesyorkan semua bakal pengantin menggunakan loofah body cleanser ini sebagai persiapan malam pertama, menggantikan kebiasaan mandi susu atau mandi lulur, tanpa perlu membuka aurat kepada orang lain walaupun mereka kaum sejenis!

Loofah ini sepatutnya menjadi salah satu bahan perlu dalam menjaga kebersihan seluruh tubuh badan kerana ia dapat menghasilkan kulit yang lebih lembut dan halus serta licin, memudarkan kekusaman di kawasan-kawasan sulit.

No comments:

Post a Comment