Tuesday, May 10, 2011

TimeWise Moisture-Renewing™ Gel Mask

TimeWise Moisture Renewing™ Gel Mask ini adalah antara produk terbaru yang baru dilancarkan oleh Mary Kay Malaysia.

Ia dapat memberi kesan selepas semalaman digunakan. Kulit nampak lebih cerah, lembap, kurang garis halus, gebu keesokan harinya.

Sekiranya kita memakai mekap, mekap tahan di wajah seharian.

Selama ini rangkaian produk Timewise tidak mempunyai mask, pengguna hanya mempunyai pilihan menggunakan botanical mask.

Penantian itu sudah pun berakhir dengan munculnya TimeWise Moisture Renewing™ Gel Mask ini. Inilah satu-satunya mask dalam Mary Kay yang boleh dibawa tidur.

Bagaimana menggunakan mask ini?

Untuk penggunaan sepanjang malam, wajah perlu dicuci terlebih dahulu, persiapkan wajah dengan serum dan pelembap, akhir sekali baru pakaikan TimeWise Moisture Renewing™ Gel Mask.

TimeWise Moisture Renewing™ Gel Mask adalah produk terakhir disapukan ke wajah sebelum tidur.
Penting: Pastikan tidur dengan tenang.

Bagaimana menyapu TimeWise Moisture Renewing™ Gel Maskini ke wajah?

Terdapat urutan tertentu yang perlu diamalkan. Belajarlah daripada BC kamu bagi mendapatkan manfaat semaksimum mungkin.

Berapa kerapkah TimeWise Moisture Renewing™ Gel Mask ini perlu dipakai?

Dua kali seminggu.

TimeWise Moisture Renewing™ Gel Mask tidak boleh dipakai selepas wajah dipakaikan masker botanical ataupun Melacep, produk akne ataupun microdermabrasion set.

No comments:

Post a Comment