Tuesday, May 24, 2011

Penyebab Kemunculan Garis Halus & Kedut

Tahukah kita apa penyebab garis-garis halus dan kedut?

Garis halus dan kedut adalah disebabkan oleh:-
1. Sinar Matahari (UVA)
2. Proses penuaan
3. Tarikan graviti
4. Pergerakan otot
5. Kecederaan
6. Jerawat
7. Pembedahan
8. Merokok
9. Penyakit kulit yang mudah menyebabkan parut

Kedalaman garis-garis pada kulit itu mungkin halus ataupun kasar kerana kita senyum atau mengerutkan wajah, juga bergantung kepada cara tidur kita sama ada kita sering mengiring ke kiri ataupun ke kanan.

Garis halus dan kedut terjadi kerana berlaku proses penebalan dermis (lapisan kulit kedua) secara tidak sekata.

Ini ditambah dengan pengurangan air yang terkandung dalam epidermis (lapisan kulit teratas).

Penebalan dermis yang tidak sekata dan kurangnya air dalam epidermis selalunya disebabkan oleh sinar matahari dan terdedah kepada persekitaran tercemar seperti asap rokok.

Atas sebab-sebab yang dinyatakan ini, eloklah kita berwaspada ketika memilih produk.

Sentiasa menggunakan krim yang mengandungi SPF bagi melambatkan kemunculan garis halus dan kedut yang disebabkan oleh sinar matahari.

Sekiranya kita berasa kulit kita tidak mendapat bekalan air secukupnya, gunalah produk yang dapat menambah air ke kulit kita selain menggunakan pelembap siang dan malam.

Akhir kata, kulit yang nampak muda dan gebu adalah kulit yang sihat dan mendapat cukup bekalan air!

No comments:

Post a Comment